Tuesday, December 3, 2013

Jamuan Deepavali MPP Zon 18, U5 Shah Alam

Jamuan Deepavali MPP Zon 18, U5 Shah Alam


Sekitar Jamuan sempena Deepavali anjuran MPP Zon 18, MBSA Shah Alam yang telah diadakan pada 1 Disember 2013 mulai jam 12.00 tgh. hari hingga 2.30 Petang. 
Majlis telah dihadiri oleh ramai kaum India dari kawasan Taman Segar dan RRI. YB En Sivarasa Ahli Parlimen Subang beserta beberapa peminpin masyarakat kawasan U5 telah hadir. 
Beliau turut menyampaikan sumbangan Deepavali kepada 40 orang dari keluarga India dikawasan ini.
Sdr. Fariz bin Abullah, Ahli Majlis MBSA merangkap Pengerusi MPP Zon 18 sangat gembira dengan penganjuran majlis ini dan berharap majlis yang serupa akan diadakan untuk semua perayaan kaum dimasa akan datang.

Like ·  ·