Monday, September 30, 2013

Kerja membaiki Cerun di Jalan Zuhrah U5/149, Taman Subang Murni, Shah Alam.


Lereng bukit bersebelahan Kampong Melayu Subang Tambahan berhadapan Taman Subang Murni di Jalan Zuhrah U5/149 mengalamai kejadian tanah runtuh pada akhir tahun 2008 serentak dengan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Hulu Kelang yan...See More

Sunday, September 29, 2013

Bengkel Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) 2013

Pada 20 dan 21 September yang lalu MBSA telah mengadakan Bengkel Majlis Perwakilan Penduduk 2013 bertempat di Holiday Inn, Melaka. Bengkel telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Bandar Bandaraya Shah Alam, Dato' Mohd Jaafar bin Mohd Atan. Sesi dialog pula telah dipengerusikan oleh Timbalan Dato' Bandar, Tuan Mokhtar bin Hani. Lebih 120 peserta dari semua 24 Zon MPP telah hadir. 

MPP Zon 18 telah diwakili oleh empat orang peserta terdiri daripada Ahli Majlis MPP Zon 18 En Fariz bin Abdullah, Setiausaha Kehormat En. Samsuddin bin Abd Rahman, PTO Pn Fairulina, dan AJK En. Baharuddin (Pengerusi JMB Pangsapuri Orkid)

Saturday, September 28, 2013

Perjumpaan Pertama dengan Ahli Majlis MPP Zon 18

Perjumpaan pertama dengan Ahli Majlis MBSA / Pengerusi MPP Zon 18 telah diadakan pada 26 September 2013 jam 8.30 Malam bertempat di Dewan MBSA Jalan Utarid U5/9, Seksyen U5 Shah Alam. Majlis dihadiri oleh ramai AJK MPP Zon 18, Pengerusi-pengerusi Persatuan Penduduk, Pengerusi-pengerusi Surau dan NGO dan Wakil Penduduk.

Majlis dipengerusikan oleh Sdr. Samsuddin bin Abd Rahman - Setiausaha Kehormat MPP Zon 18. Pengerusi terlebih dahulu memohon maaf kerana sejak beberapa bulan MPP Zon 18 tidak mengadakan aktiviti. Ini disebabkan kesibukan tempias daripada PRU13. Selepas itu perletakan jawatan Sdr Sivarajan Ahli Majlis, sehinggalah perlantikan Ahli Majlis yang baru.

Pengerusi mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Ahli Majlis MBSA yang baru yang akan mempegerusikan MPP zon 18.

Beliau ialah Sdr Fariz bin Abdullah.

Dalam ucapan perkenalan beliau mengharapkan kerjasama daripada semua AJK MPP bagi faedah masyarakat setempat.

Turut hadir dimajlis tersebut ialah Sdr Khairul Nisya, Pegawai Penilaian MBSA sebagai Pegawai Kawasan MPP Zon 18, dan Pn Fairulina PTO MPP Zon 18.

Mengambil peluang perjumpaan sulung ini, Wakil-wakil persatuan telah mengemukkan berbagai persoalan dan cadangan.

Antaranya:

Keperluan pembinaan sebuah Dewan yang besar untuk kegunaan Penduduk Zon 18.

Mendesak pembinaan sekolah Agama.

Keperluan Pembinaan Masjid.

Pembesaran Jalan-jalan Utama bagi mengurangkan kesesakan lalulintas terutama jalan yang menghubungkan kampong Paya Jaras berhampiran Flat Hijauan.

Keperluan membina lebih banyak papan tanda arah.

Keperluan membina lebih banyak gelanggang dan tempat riadah seperti gelanggang Futsal.

Masalah yang diutarakan:

Kelewatan kontraktor memungut sampah pukal.

Tahap kebersihan yang kurang memuaskan di kawasan ini, banyak kawasan yang ditumbuhi semak-samun.

Lorong dan belakang rumah dan kedai yang kotor dengan longgokan sampah.

Kes denggi yang terus meningkat.

Kawasan parkir yang tidak mencukupi dikawasan perumahan terutama di kawasan Apartment dan Flat.

Kenderaan besar seperti lori dan trailer yang diparkir dalam kawasan perumahan.

Aduan yang lambat diambil tindakan terutama cantasan dahan dan pokok.

Ahli Majlis dan Pegawai Kawasan telah menjawab pertanyaan dan mengambil catatan perkara yang telah dibangkitkan dan akan membawa ke Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MBSA.

Aduan-aduan kecil akan disalurkan kepada bahagia-bahagian yang sepatutnya.

Pengerusi meminta supaya semua masalah di buat secara bertulis denga disertai gambar dan lokasi yang tepat bagi memudahkan tindakan diambil.

Perjumpaan berakhir dengan jamuan makan malan ringkas dan setelah itu Mesyuarat Ringkas dengan AJK MPP Zon 18 diadakan dibilik Mesyuarat.

Antara keputusan Mesyuarat ialah, Ahli Majlis dengan penyertaan AJK akan mengadakan lawatan pada 6 Oktober untuk meninjau tempat-tempat yang bermasalah, melihat sendiri, megambil gambar dan membuat laporan kepada pihak Majlis.

Mesyuarat ditangguhkan jam 11.30 mlm.
 — at Dewan MBSA Jalan Utarid.

Sunday, September 8, 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada AJK MPP Zon 18/Pengerusi Persatuan Penduduk/Pengerusi Surau.


Jemputan ke Majlis Suai Kenal Bersama Ahli Majlis baru, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 18

Tarikh : 26 September 2013

Masa : 9 malam

Tempat : Dewan MBSA (Pejabat MPP) - Jalan Utarid U5/9