Tuesday, March 4, 2014

Program Munajat.. Solat Istisqa' anjuran Gabungan Surau-surau Zon 18

Program Munajat.. Solat Istisqa


Tahniah kepada Puan Siti Rohaya binti Ahad, Pengerusi MPP Zon 18 Shah Alam yang baharu bersama AJK gabungan Surau Zon 18 yang telah berjaya menganjurkan Solat Sunat Istisqa pada pagi Ahad yang lalu. Terima kasih kepada penduduk Zon 18 yang dapat bersama bermunajat kepada Allah memohon keampunan dan memohon duturunkan hujan yang bermafaat untuk keseluruhan negeri Selangor bagi mengatasi masalah kemarau dan kekurangan air.
Majlis dimulakan dengan zikir munajat, istigfar dan sedikit tazkirah. Kemuncaknya solat Istisqa dua rakaat dan Kutbah Istisqa.

Terima kasih kepada semua yang hadir. semuga dituliskan segala kebajikan dan kebaikan untuk semuanya.

" Apakah kamu tidak melihat kepada air yang kamu minum?"






Tahniah diatas perlantikan Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam yang baharu bagi sesi 2014/2015.

Tahniah diatas perlantikan Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam yang baharu bagi sesi 2014/2015.

Tahniah kepada Puan Siti Rahaya binti Ahad yang telah dilantik sebagai Ahli Majlis yang akan berugas untuk Zon 18 dan sebagai Pengerusi MPP Zon 18.

Insyaallah semoga kita akan dapat berkerja bersama-sama bagi memajukan Zon 18 dan menangani segala permasalahan penduduk MPP Zon 18 Shah Alam

Saturday, March 1, 2014

Perlantikan Ahli Majlis MBSA yang baru sesi 2014/2015

Tahniah diatas Perlantikan Puan Siti Rohaya Ahad sebagai Ahli Majlis MBSA yang baru yang akan menerajui MPP Zon 18 sebagai Pengerusi. Semoga kita boleh berkerja bersama-sama.

Ucapan Pengahargaan dan Terima kasih kepada Sdr Fariz bin Abdullah Mantan Ahli Majlis MBSA yang telah menerajui MPP Zon 18 yang telah memberikan perkhidmatan kepada penduduk Zon 18.

Tuesday, February 25, 2014

Pelancaran Unit Peronda Bermotosikal Balai Polis Kampong Baru Subang

Adalah dimaklumkan bahawa Pelancaran Unit Peronda Bermotosikal Balai Polis Kampong Baru Subang akan diadakan pada 26 Februari 2014 jam 9.30 pagi bertempat di Dewan MBSA Jalan Nova, Seksyen U5. Seluruh Warga Subang dijemput hadir. 

Tuesday, February 18, 2014

Majlis Pelancaran Polis - Unit Peronda Bermotosikal - Balai Polis Kampong Baru Subang, Shah Alam.

Adalah dimaklumkan bahawa Pelancaran Unit Peronda Bermotosikal Balai Polis Kampong Baru Subang akan diadakan pada 26 Februari 2014 jam 9.30 pagi bertempat di Dewan MBSA Jalan Nova, Seksyen U5. Seluruh Warga Subang dijemput hadir. 

Mesyuarat persediaan akan diadakan pada 19/2/2014 jam 9.30 malam di Bilik Mesyuarat Balai Polis Kampong Baru Subang. Semua AJK MPP 17 dan 18 serta Pengerusi-pengerusi Penduduk MPP Zon 17 dan 18 dijemput ke Mesyuarat tersebut.