Thursday, October 21, 2010

Penambah Baik Persimpangan Persiaran Galaksi Dan Puteri Subang

Kerja-kerja menaiktaraf Persimpangan Persiaran Galaksi Dan Puteri Subang (Persiaran Angkasa) sedang giat dijalankan. Ini merupakan kejayaan besar kepada perjuangan penduduk U5 yang tidak jemu-jemu meminta pihak kerajaan melakukan sesuatu terhadap persimpangan ini yang banyak mengundang kemalangan. Kemalangan maut juga pernah berlaku dipersimpangan ini pada 2009 yang lalu. MPP Zon 18 dan PGAC adalah  pihak-pihak yang tidak pernah jemu menyuarakan kepentingan ditambah baik persimpangan ini.

Lampu isyarat akan dipasang di persimpangan ini. Diharap pihak terlibat dapat memastikan lampu isyarat yang dipasang kelak adalah berselari dengan lampu isyarat dipersimpangan utama keluar dan masuk ke U5 bagi mengelakkan kesesakan terutamanya di waktu puncak. Penduduk U5 tidak mahu kelemahan lampu isyarat seperti di persimpangan berdekatan G-Mart Subang menjadi contoh kepada lampu isyarat di persiaran Galaksi ini.

Di nasihati juga, semua penduduk U5 agar berhati-hati sepanjang proses kerja menaik taraf persimpangan ini. Kemalangan yang terjadi pada hari pertama kerja dijalankan diharap tidak berulang kepada penduduk-penduduk lain. BERHATI-HATI selalu.

No comments:

Post a Comment