Wednesday, October 27, 2010

Pengenalan MPP (Majlis Perwakilan Penduduk) Shah Alam

MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK (MPP) SHAH ALAM ditubuhkan pada Mac 2003 dan dilancarkan secara rasminya oleh YAB Menteri Besar yang ke 13 pada Julai 2003. Dengan wujudnya MPP ini, kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) seluas 290.3 kilometer persegi dibahagikan kepada 12 zon.

Walaubagaimanapun, arahan dari Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Kerajaan Tempatan bertarikh 24 Jun 2008 Bil 3/2008 yang mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor menubuhkan 24 Zon MPP.

TUJUAN :

Tujuan penubuhan MPP Shah Alam ini ialah seperti berikut :

- Memperkukuhkan dan memperkemaskan fungsi dan tugas Majlis.
- Ahli Majlis sebagai agen yang hubungkan Majlis dan penduduk.
- Menjadi agen salur aduan, permintaan, masalah dan kehendak penduduk.
- Menggalak penyertaan penduduk dalam aktiviti anjuran Majlis.
- Memantau aktiviti yang dijalan pelbagai persatuan dalam Zon.
- Menyelaras bentuk bantuan yang seimbang kepada persatuan dalam Zon.
- Melaksanakan aktiviti LOCAL AGENDA 21 kearah pembangunan mampan.

No comments:

Post a Comment