Sunday, October 6, 2013

Lawatan turun padang bagi meninjau kawasan-kawasan yang bermasalah olih Ahli Majlis MPP Zon 18

Terima kasih kepada En. Fariz bin Abdullah Ahli Majlis MBSA/Pengerusi MPP Zon 18 yang telah mengetuai lawatan turun padang bagi meninjau kawasan-kawasan yang bermasalah.
Terima kasih juga kepada Pn. Fairul Lina, PTO, semua AJK MPP Zon 18 dan Pengerusi-pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen U5 yang telah hadir dan memberikan kerjasama sepanjang lawatan tersebut.
Lawatan yang diadakan pada Sabtu 5 Oktober 2013 sangat berfaedah dan perkara/masalah yang ditinjau akan dibawa ke Mesyuarat Ahi Majlis untuk tindakan segera.

Antara tempat yang dilawati.

Mutiara Subang -
Meninjau keperluan pembinaan bonggol jalan, membaiki sistem perparitan, mengatasi masalah banjir kilat, keperluan cantasan pokok, mengalih kereta usang, pembersihan kawasan rumah tanpa penghuni, kontraktor yang pembersihan berprestasi rendah.

Pangsapuri Flora
Kebersihan kawasan, penebangan pokok, pembersihan kolam tadahan, dan cadangan pengindahan, semakan status surau, keperluan membaiki longkan dan keperluan pembaikan rumah sampah.

Subang Bestari, Zon Aman -
 
Pengindahan kawasan Padang permainan 3, tanaman pokok hiasan, cadangan pembangunan ditapak kosong- cadangan pembinaan dewan besar.

Apartnment Matahari

Kebersihan kawasan, keperluan pembinaan rumah sampah, papan tanda, pembersihan kolam tadahan, peniaga tanpa lesen, penempatan semula penjaja dan pembersihan iklan haram.

Subang Impian,

Keperluan penyusunan semula parkir,
pembinaan palang had ketinggian kenderaan berat di jalan masuk ke kawasan perumahan, kebersihan kawasan, pembersihan kawasan tanaman pokok yang tidak teratur, mengalih kereta usang

Gelanggang Futsal di Jalan Bulan

Membaiki gelanggang

Subang Murni

Banjir lumpur kesan dari kerja pembaikan cerun,
keperluan cantasan pokok, membersihkan kawasan lapang,
cadangan mengubahsuai gelanggang takraw kepada gelanggang futsal,
 keperluan pembersihan longkang besar, semakan status jalan masuk,
dan keperluan membina dewan.

No comments:

Post a Comment