Saturday, November 9, 2013

Majllis Penyerahan Sumbangan

Pada 30 Oktober lalu, satu majlis ringkas telah diadakan di Dewan MBSA Jalan Utarid / Pejabat MPP Zon 18. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Sdr Fariz Abdullah iaitu bagi menyampaikan sumbangan kepada 22 buah surau dalam Kawasan Mpp Zon 18 sempena Maal Hijrah. Sumbangan adalah untuk mengadakan aktiviti sambutan Maal Hijrah di Surau masing-masing. 

Pada Majlis yang sama juga disampaikan sumbangan kepada 3 buah Kuil sempena sambutan Depavali.

Terima kasih kepada Pengerusi Surau / Ajk dan Pengerusi Kuil yang hadir.

Selepas Majlis tersebut, diadakan pula Mesyuarat AJK MPP Zon 18 untuk membincangkan masalah semasa.
Antara yang dibincangkan adalah untuk mendapatkan tarikh temujanji dengan Datuk Bandar Shah Alam bagi mengadakan perjumpaan untuk membincangkan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan segera didalam kawasan MPP Zon 18.



No comments:

Post a Comment