Friday, December 17, 2010

Janji Kosong Pemaju Juta Permai

Pemaju Juta Permai telah berjanji akan menyiapkan segala kerjanya di Persiaran Atmosfera dan Persiaran Cakerawala dekat Petronas pada hari Khamis 16/12 .

Tetapi malangnya lawatan ke kawasan tersebut pada hari ini (16/12/2010) didapati tidak siap dan masih berlubang dan berlopak . 

Sampai bila MBSA hendak mendengar janji Juta Permai . Lori -lori masih giat keluar masuk dari tapak tersebut , terus merosakkan jalan yang sudah pun teruk . Berapa kompaun yang MBSA telah keluarkan ? Kenapa lori masih bermaharajalela di situ ?

MBSA,Harap ambil tindakan- antara petikan gesaan Ahli Majlis.

Pihak MPP juga akan meneruskan agenda menangani permasalahan itu dengan pelbagai kaedah praktikal sehingga permasalahan ini selesai sepenuhnya.

Tuesday, December 7, 2010

Isu Pembinaan Surau Taman Puteri Subang , U5

3hb.November, 2010- Isu pembinaan surau untuk penduduk taman Puteri Subang selesai dalam suatu mesyuarat apabila pemaju diarah oleh MBSA untuk menyiapkan surau tersebut sebelum April 2011.
Berikutan dengan mesyuarat tersebut , maka pemaju telah menghantar pelan pemajuannya ke MBSA. Dalam mesyuarat OSC yang Mr Sivarajan (Ahli Majlis) telah hadir bersama, Pelan pembangunan tersebut telah diluluskan .
Justeru itu , pemaju seterusnya memulakan kerja pembangunan, dan memberikan jadual kerja kepada penduduk dan MBSA untuk pemantauan bersama .
(Diatas Keratan akhbar Sinar Harian , 3hb Nov,2010)

U5 Terkini-Disember 2010

Saya amat terharu dengan perubahan di kawasan U5 pada masa ini (Disember 2010).

Belok sahaja ke susur kiri dari persimpangan Caltex/Esso/Surau Darus Salim, menyusuri Jalan Sg buloh-Shah Alam, anda akan lihat banyak perubahan yang telah dan sedang berjalan di kawasan U5 kita ini. Bermula dengan adanya ikon Restoran segera ternama KFC dan Pizza Hut menambahkan keceriaan dan aktiviti sosial kekeluargaan di U5. Melepasi pula simpang lampu isyarat Subang 2, akan akan melihat kerja-kerja pembesaran jalan berdekatan Kampung Melayu Subang Tambahan.

Sampai ke persimpangan utama U5, anda boleh nampak kerja-kerja sedang giat menambahkan tanda jalan dan tanda arah bermula dari di persimpangan utama tersebut sehingga di seluruh kawasan di U5. Jika dulu tanda arah menjadi isu, nampaknya rungutan tersebut mungkin akan berkurangan kini. Terima kasih MBSA.

Tidak berhenti disitu, persimpangan persiaran Fajar/Persiaran Galaksi juga yang dulu disebut-sebut persimpangan maut kini telah hampir siap naik tarafnya. Kemungkinan kemudahan ini akan kita kecapi tidak lama lagi.

Apabila melalui Persiaran Galaksi, jangan lupa menoleh ke kanan bertentangan dengan Restoran Malabar. Pasti anda akan ternampak jentera korek sedang bekerja keras membaiki aliran sungai supaya masalah banjir di U5 ditambah baik. Jika sebelum ini mungkin pihak berwajib alpa sedikit, namun Disember 2010 memperlihatkan semua agensi bangun dan mula bertanggungjawab.

Dan lagi, perasan ataupun tidak, beberapa persiaran juga telah dinaik taraf dan dibaiki permukaan jalanrayanya. Jalan-jalan baru diturap untuk keselamatan penduduk U5 kini sedia dinikmati walaupun sebahagian yang lain masih kita nantikan pembaikannya.

Sedar atau tidak, di U5 kini semakin bertambah ikon-ikon idola masyarakatnya. Pejabat Majlis Daerah sudah beroperasi, Balai Polis Kg Subang telah berpindah dan beroperasi di U5, Mahkamah juga menunggu masa untuk dibuka.

Semoga harmoni, aman bahagia dan bermaruah tinggal di U5......

(Maaf..gambar-gambar tidak dapat disertakan kerana kamera saya rosak..Hee..Heee)

SENARAI PERSATUAN/JMB DI ZON U5 SHAH ALAM

(1) PERSATUAN PENDUDUK MUTIARA SUBANG
No 24, Jalan Utarid U5/5, Taman Mutiara Subang, seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Tony C.S Yeap (019-2106155)

(2) PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN U5
No.13, Jalan Utarid U5/128C, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Danny Yap Chong Chan (012-3266123)


(3) PERSATUAN PENDUDUK PUTERI SUBANG
No. 62, Jalan Kejora U5/119, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: Tn Haji Mohd Khairy Bin Buyong (012-6141803)

(4) PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SUBANG IMPIAN
Jalan Zuhal U5/177, seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi : En Wan Lokman Bin Wan Yusof (012-2209178)

(5) JMB SUBANG HIJAUAN
Pejabat Pengurusan Subang Hijauan,
B9-01-07, Pangsapuri Subang Hijauan, Seksyen U5, 40150 Shah Alam.
Pengerusi: En Kamarul Halmi Bin M.Kamal (019-6079010)


(6) PERSATUAN PENDUDUK FASA 3, BANDAR PINGGIRAN SUBANG
No.1-921, Blok 1, Pangsapuri Mentari, Jln Matahari U5/117, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi : En Othman Bin Ngadimin (016-3975686)

(7) PERSATUAN PENDUDUK SUBANG BESTARI ZON 1
No.90, Jlan Nova U5/76, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Shanon Bin Abd Rahman (012-2836942)


(8) PERSATUAN PENDUDUK SUBANG BESTARI ZON 3
No. 11, Jalan Nova U5/70, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Mohd Amin Bin Mohd Khalid (012-33266123)


(9) PERSATUAN PENDUDUK TERES BALKIS SUBANG IMPIAN
No.1, Jalan Zuhal U5/178A, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Mujiburrahman bin Abdul Rashid (019-2786009)

(10) PERSATUAN PENDUDUK NUSA SUBANG
No.9, Jalan Qamari U5/107B, Nusa Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam.
Pengerusi: Dr.J. Laurance (013-3920870)


(11) PERSATUAN PENDUDUK SUBANG MURNI
No.26, Jalan Zuhrah U5/162, Subang Murni, Seksyen U5, 40150 Shah Alam.
Pengerusi: En Anwar Bin Ahmad Abidin (019-6649328)

(12) PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA SUBANG
No.7, Jalan Waruna U5/135, Taman Desa Subang, seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi, Hal Ehwal Penduduk: En Guna Selan A/L Periasamy (012-2176255)


(13) PERSATUAN WARGA MERAK APARTMENT
M4-G-09,Merak Apartment, Jln Uranus U5/125, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Ahmad Nasir Bin Ketu (012-3337917)

(14) PERSATUAN SUBANG HIJAUAN
No.B9-02-02, Pangsapuri Subang Hijauan, Jalan Bintang U5/33, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Zamri Bin Abdul Rahman (012-3266123)

(15) PERSATUAN PENDUDUK ZON DAMAI SUBANG BESTARI
No.26,Jalan Nova U5/60, Subang Bestari, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Nor Hatta Bin Azhar (013-2318629)

(16) PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG MELAYU SUBANG TAMBAHAN
No.129A, Jalan 2/1, Kg Melayu Subang Tambahan, Seksyen U5, 40150 Shah Alam.
Pengerusi: En Zakaria Bin Ismail (017-3049280)


(17) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI UTARID
No.10-02-01, Pangsapuri Utarid, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Fakaruddin Bin Abd rahman (019-3469159)


(18) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI INDAH
Blok 1, Pangsapuri Indah, Jalan Suria U5/103A, Bdr pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi; En Mat Tarbiai Bin Abdul Hamid (016-9794133)


(19) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI ORKID
No.07-01-07, Pangsapuri Orkid, Jalan U5/138, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Baharuddin Bin Adam (013-3449289)


(20) PERSATUAN PENDUDUK FLORA II
7G-02, Pangsapuri Flora II, Jalan Asteroid U5/30, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Shawaluddin Bin Hamduka (013-2193081)

(21) JMB SUBANG SURIA
Pejabat Pengurusan Subang Suria, Jalan Bintang U5/33, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi : En Idris Bin Samsuri (012-3608700)

(22) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI FLORA III
No.3-1-11, Pangsapuri Flora III, Jalan Asteroid U5/30, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi : En Anuar Bin Ramli (016-9025626)

(23) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI MUTIARA SUBANG
No.1-1-19, Jalan Utarid U5/9, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Setiausaha : En Mohd Raub Bin Mohammed Shah (019-3343893)

(24) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI JASMIN

(25) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI BINTANG

(26) PERSATUAN PENDUDUK FLORA I

(27) PERSATUAN PENDUDUK SUBANG PELANGI

(28) PERSATUAN PENDUDUK SUBANG INTAN

(29) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI NURI

(30) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI GALAKSI

(31) PERSATUAN PENDUDUK SUBANG GALAKSI

(32) PERSATUAN PENDUDUK BAYU

(33) PERSATUAN PENDUDUK AMAN

(34) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURU SERI SAUJANA

NOTA : Semua maklumat ini diperolehi dari sumber tahun 2010. Ianya mungkin masih benar dan betul ataupun telah berubah mengikut waktu. Pihak MPP Zon 18 memohon maaf jika terdapat sebarang perubahan yang belum dikemas kini. Mana-mana individu yang mengetahui maklumat terkini, sila maklumkan ke mppzon18shahalam@gmail.com atau hubungi 0196694523. Kerjasama semua dialu-alukan dan didahului terima kasih.

Yang Menjalankan Tanggungjawab dan Amanah : Setiausaha Kehormat