Tuesday, December 7, 2010

Isu Pembinaan Surau Taman Puteri Subang , U5

3hb.November, 2010- Isu pembinaan surau untuk penduduk taman Puteri Subang selesai dalam suatu mesyuarat apabila pemaju diarah oleh MBSA untuk menyiapkan surau tersebut sebelum April 2011.
Berikutan dengan mesyuarat tersebut , maka pemaju telah menghantar pelan pemajuannya ke MBSA. Dalam mesyuarat OSC yang Mr Sivarajan (Ahli Majlis) telah hadir bersama, Pelan pembangunan tersebut telah diluluskan .
Justeru itu , pemaju seterusnya memulakan kerja pembangunan, dan memberikan jadual kerja kepada penduduk dan MBSA untuk pemantauan bersama .
(Diatas Keratan akhbar Sinar Harian , 3hb Nov,2010)

No comments:

Post a Comment