Friday, December 17, 2010

Janji Kosong Pemaju Juta Permai

Pemaju Juta Permai telah berjanji akan menyiapkan segala kerjanya di Persiaran Atmosfera dan Persiaran Cakerawala dekat Petronas pada hari Khamis 16/12 .

Tetapi malangnya lawatan ke kawasan tersebut pada hari ini (16/12/2010) didapati tidak siap dan masih berlubang dan berlopak . 

Sampai bila MBSA hendak mendengar janji Juta Permai . Lori -lori masih giat keluar masuk dari tapak tersebut , terus merosakkan jalan yang sudah pun teruk . Berapa kompaun yang MBSA telah keluarkan ? Kenapa lori masih bermaharajalela di situ ?

MBSA,Harap ambil tindakan- antara petikan gesaan Ahli Majlis.

Pihak MPP juga akan meneruskan agenda menangani permasalahan itu dengan pelbagai kaedah praktikal sehingga permasalahan ini selesai sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment