Tuesday, December 7, 2010

U5 Terkini-Disember 2010

Saya amat terharu dengan perubahan di kawasan U5 pada masa ini (Disember 2010).

Belok sahaja ke susur kiri dari persimpangan Caltex/Esso/Surau Darus Salim, menyusuri Jalan Sg buloh-Shah Alam, anda akan lihat banyak perubahan yang telah dan sedang berjalan di kawasan U5 kita ini. Bermula dengan adanya ikon Restoran segera ternama KFC dan Pizza Hut menambahkan keceriaan dan aktiviti sosial kekeluargaan di U5. Melepasi pula simpang lampu isyarat Subang 2, akan akan melihat kerja-kerja pembesaran jalan berdekatan Kampung Melayu Subang Tambahan.

Sampai ke persimpangan utama U5, anda boleh nampak kerja-kerja sedang giat menambahkan tanda jalan dan tanda arah bermula dari di persimpangan utama tersebut sehingga di seluruh kawasan di U5. Jika dulu tanda arah menjadi isu, nampaknya rungutan tersebut mungkin akan berkurangan kini. Terima kasih MBSA.

Tidak berhenti disitu, persimpangan persiaran Fajar/Persiaran Galaksi juga yang dulu disebut-sebut persimpangan maut kini telah hampir siap naik tarafnya. Kemungkinan kemudahan ini akan kita kecapi tidak lama lagi.

Apabila melalui Persiaran Galaksi, jangan lupa menoleh ke kanan bertentangan dengan Restoran Malabar. Pasti anda akan ternampak jentera korek sedang bekerja keras membaiki aliran sungai supaya masalah banjir di U5 ditambah baik. Jika sebelum ini mungkin pihak berwajib alpa sedikit, namun Disember 2010 memperlihatkan semua agensi bangun dan mula bertanggungjawab.

Dan lagi, perasan ataupun tidak, beberapa persiaran juga telah dinaik taraf dan dibaiki permukaan jalanrayanya. Jalan-jalan baru diturap untuk keselamatan penduduk U5 kini sedia dinikmati walaupun sebahagian yang lain masih kita nantikan pembaikannya.

Sedar atau tidak, di U5 kini semakin bertambah ikon-ikon idola masyarakatnya. Pejabat Majlis Daerah sudah beroperasi, Balai Polis Kg Subang telah berpindah dan beroperasi di U5, Mahkamah juga menunggu masa untuk dibuka.

Semoga harmoni, aman bahagia dan bermaruah tinggal di U5......

(Maaf..gambar-gambar tidak dapat disertakan kerana kamera saya rosak..Hee..Heee)

No comments:

Post a Comment