Friday, December 17, 2010

Janji Kosong Pemaju Juta Permai

Pemaju Juta Permai telah berjanji akan menyiapkan segala kerjanya di Persiaran Atmosfera dan Persiaran Cakerawala dekat Petronas pada hari Khamis 16/12 .

Tetapi malangnya lawatan ke kawasan tersebut pada hari ini (16/12/2010) didapati tidak siap dan masih berlubang dan berlopak . 

Sampai bila MBSA hendak mendengar janji Juta Permai . Lori -lori masih giat keluar masuk dari tapak tersebut , terus merosakkan jalan yang sudah pun teruk . Berapa kompaun yang MBSA telah keluarkan ? Kenapa lori masih bermaharajalela di situ ?

MBSA,Harap ambil tindakan- antara petikan gesaan Ahli Majlis.

Pihak MPP juga akan meneruskan agenda menangani permasalahan itu dengan pelbagai kaedah praktikal sehingga permasalahan ini selesai sepenuhnya.

Tuesday, December 7, 2010

Isu Pembinaan Surau Taman Puteri Subang , U5

3hb.November, 2010- Isu pembinaan surau untuk penduduk taman Puteri Subang selesai dalam suatu mesyuarat apabila pemaju diarah oleh MBSA untuk menyiapkan surau tersebut sebelum April 2011.
Berikutan dengan mesyuarat tersebut , maka pemaju telah menghantar pelan pemajuannya ke MBSA. Dalam mesyuarat OSC yang Mr Sivarajan (Ahli Majlis) telah hadir bersama, Pelan pembangunan tersebut telah diluluskan .
Justeru itu , pemaju seterusnya memulakan kerja pembangunan, dan memberikan jadual kerja kepada penduduk dan MBSA untuk pemantauan bersama .
(Diatas Keratan akhbar Sinar Harian , 3hb Nov,2010)

U5 Terkini-Disember 2010

Saya amat terharu dengan perubahan di kawasan U5 pada masa ini (Disember 2010).

Belok sahaja ke susur kiri dari persimpangan Caltex/Esso/Surau Darus Salim, menyusuri Jalan Sg buloh-Shah Alam, anda akan lihat banyak perubahan yang telah dan sedang berjalan di kawasan U5 kita ini. Bermula dengan adanya ikon Restoran segera ternama KFC dan Pizza Hut menambahkan keceriaan dan aktiviti sosial kekeluargaan di U5. Melepasi pula simpang lampu isyarat Subang 2, akan akan melihat kerja-kerja pembesaran jalan berdekatan Kampung Melayu Subang Tambahan.

Sampai ke persimpangan utama U5, anda boleh nampak kerja-kerja sedang giat menambahkan tanda jalan dan tanda arah bermula dari di persimpangan utama tersebut sehingga di seluruh kawasan di U5. Jika dulu tanda arah menjadi isu, nampaknya rungutan tersebut mungkin akan berkurangan kini. Terima kasih MBSA.

Tidak berhenti disitu, persimpangan persiaran Fajar/Persiaran Galaksi juga yang dulu disebut-sebut persimpangan maut kini telah hampir siap naik tarafnya. Kemungkinan kemudahan ini akan kita kecapi tidak lama lagi.

Apabila melalui Persiaran Galaksi, jangan lupa menoleh ke kanan bertentangan dengan Restoran Malabar. Pasti anda akan ternampak jentera korek sedang bekerja keras membaiki aliran sungai supaya masalah banjir di U5 ditambah baik. Jika sebelum ini mungkin pihak berwajib alpa sedikit, namun Disember 2010 memperlihatkan semua agensi bangun dan mula bertanggungjawab.

Dan lagi, perasan ataupun tidak, beberapa persiaran juga telah dinaik taraf dan dibaiki permukaan jalanrayanya. Jalan-jalan baru diturap untuk keselamatan penduduk U5 kini sedia dinikmati walaupun sebahagian yang lain masih kita nantikan pembaikannya.

Sedar atau tidak, di U5 kini semakin bertambah ikon-ikon idola masyarakatnya. Pejabat Majlis Daerah sudah beroperasi, Balai Polis Kg Subang telah berpindah dan beroperasi di U5, Mahkamah juga menunggu masa untuk dibuka.

Semoga harmoni, aman bahagia dan bermaruah tinggal di U5......

(Maaf..gambar-gambar tidak dapat disertakan kerana kamera saya rosak..Hee..Heee)

SENARAI PERSATUAN/JMB DI ZON U5 SHAH ALAM

(1) PERSATUAN PENDUDUK MUTIARA SUBANG
No 24, Jalan Utarid U5/5, Taman Mutiara Subang, seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Tony C.S Yeap (019-2106155)

(2) PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN U5
No.13, Jalan Utarid U5/128C, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Danny Yap Chong Chan (012-3266123)


(3) PERSATUAN PENDUDUK PUTERI SUBANG
No. 62, Jalan Kejora U5/119, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: Tn Haji Mohd Khairy Bin Buyong (012-6141803)

(4) PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SUBANG IMPIAN
Jalan Zuhal U5/177, seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi : En Wan Lokman Bin Wan Yusof (012-2209178)

(5) JMB SUBANG HIJAUAN
Pejabat Pengurusan Subang Hijauan,
B9-01-07, Pangsapuri Subang Hijauan, Seksyen U5, 40150 Shah Alam.
Pengerusi: En Kamarul Halmi Bin M.Kamal (019-6079010)


(6) PERSATUAN PENDUDUK FASA 3, BANDAR PINGGIRAN SUBANG
No.1-921, Blok 1, Pangsapuri Mentari, Jln Matahari U5/117, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi : En Othman Bin Ngadimin (016-3975686)

(7) PERSATUAN PENDUDUK SUBANG BESTARI ZON 1
No.90, Jlan Nova U5/76, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Shanon Bin Abd Rahman (012-2836942)


(8) PERSATUAN PENDUDUK SUBANG BESTARI ZON 3
No. 11, Jalan Nova U5/70, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Mohd Amin Bin Mohd Khalid (012-33266123)


(9) PERSATUAN PENDUDUK TERES BALKIS SUBANG IMPIAN
No.1, Jalan Zuhal U5/178A, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Mujiburrahman bin Abdul Rashid (019-2786009)

(10) PERSATUAN PENDUDUK NUSA SUBANG
No.9, Jalan Qamari U5/107B, Nusa Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam.
Pengerusi: Dr.J. Laurance (013-3920870)


(11) PERSATUAN PENDUDUK SUBANG MURNI
No.26, Jalan Zuhrah U5/162, Subang Murni, Seksyen U5, 40150 Shah Alam.
Pengerusi: En Anwar Bin Ahmad Abidin (019-6649328)

(12) PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA SUBANG
No.7, Jalan Waruna U5/135, Taman Desa Subang, seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi, Hal Ehwal Penduduk: En Guna Selan A/L Periasamy (012-2176255)


(13) PERSATUAN WARGA MERAK APARTMENT
M4-G-09,Merak Apartment, Jln Uranus U5/125, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Ahmad Nasir Bin Ketu (012-3337917)

(14) PERSATUAN SUBANG HIJAUAN
No.B9-02-02, Pangsapuri Subang Hijauan, Jalan Bintang U5/33, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Zamri Bin Abdul Rahman (012-3266123)

(15) PERSATUAN PENDUDUK ZON DAMAI SUBANG BESTARI
No.26,Jalan Nova U5/60, Subang Bestari, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Nor Hatta Bin Azhar (013-2318629)

(16) PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG MELAYU SUBANG TAMBAHAN
No.129A, Jalan 2/1, Kg Melayu Subang Tambahan, Seksyen U5, 40150 Shah Alam.
Pengerusi: En Zakaria Bin Ismail (017-3049280)


(17) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI UTARID
No.10-02-01, Pangsapuri Utarid, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Fakaruddin Bin Abd rahman (019-3469159)


(18) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI INDAH
Blok 1, Pangsapuri Indah, Jalan Suria U5/103A, Bdr pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi; En Mat Tarbiai Bin Abdul Hamid (016-9794133)


(19) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI ORKID
No.07-01-07, Pangsapuri Orkid, Jalan U5/138, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Baharuddin Bin Adam (013-3449289)


(20) PERSATUAN PENDUDUK FLORA II
7G-02, Pangsapuri Flora II, Jalan Asteroid U5/30, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi: En Shawaluddin Bin Hamduka (013-2193081)

(21) JMB SUBANG SURIA
Pejabat Pengurusan Subang Suria, Jalan Bintang U5/33, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi : En Idris Bin Samsuri (012-3608700)

(22) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI FLORA III
No.3-1-11, Pangsapuri Flora III, Jalan Asteroid U5/30, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Pengerusi : En Anuar Bin Ramli (016-9025626)

(23) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI MUTIARA SUBANG
No.1-1-19, Jalan Utarid U5/9, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Setiausaha : En Mohd Raub Bin Mohammed Shah (019-3343893)

(24) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI JASMIN

(25) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI BINTANG

(26) PERSATUAN PENDUDUK FLORA I

(27) PERSATUAN PENDUDUK SUBANG PELANGI

(28) PERSATUAN PENDUDUK SUBANG INTAN

(29) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI NURI

(30) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI GALAKSI

(31) PERSATUAN PENDUDUK SUBANG GALAKSI

(32) PERSATUAN PENDUDUK BAYU

(33) PERSATUAN PENDUDUK AMAN

(34) PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURU SERI SAUJANA

NOTA : Semua maklumat ini diperolehi dari sumber tahun 2010. Ianya mungkin masih benar dan betul ataupun telah berubah mengikut waktu. Pihak MPP Zon 18 memohon maaf jika terdapat sebarang perubahan yang belum dikemas kini. Mana-mana individu yang mengetahui maklumat terkini, sila maklumkan ke mppzon18shahalam@gmail.com atau hubungi 0196694523. Kerjasama semua dialu-alukan dan didahului terima kasih.

Yang Menjalankan Tanggungjawab dan Amanah : Setiausaha Kehormat

Wednesday, October 27, 2010

Pengenalan MPP (Majlis Perwakilan Penduduk) Shah Alam

MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK (MPP) SHAH ALAM ditubuhkan pada Mac 2003 dan dilancarkan secara rasminya oleh YAB Menteri Besar yang ke 13 pada Julai 2003. Dengan wujudnya MPP ini, kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) seluas 290.3 kilometer persegi dibahagikan kepada 12 zon.

Walaubagaimanapun, arahan dari Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Kerajaan Tempatan bertarikh 24 Jun 2008 Bil 3/2008 yang mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor menubuhkan 24 Zon MPP.

TUJUAN :

Tujuan penubuhan MPP Shah Alam ini ialah seperti berikut :

- Memperkukuhkan dan memperkemaskan fungsi dan tugas Majlis.
- Ahli Majlis sebagai agen yang hubungkan Majlis dan penduduk.
- Menjadi agen salur aduan, permintaan, masalah dan kehendak penduduk.
- Menggalak penyertaan penduduk dalam aktiviti anjuran Majlis.
- Memantau aktiviti yang dijalan pelbagai persatuan dalam Zon.
- Menyelaras bentuk bantuan yang seimbang kepada persatuan dalam Zon.
- Melaksanakan aktiviti LOCAL AGENDA 21 kearah pembangunan mampan.

Thursday, October 21, 2010

KFC @ U5 Shah Alam

Sebuah KFC yang TERMODEN katanya akan berdiri tegak di U5 Shah Alam. Terletak di Subang 2 diatas bekas tapak rumah contoh ditepi jalan utama Jalan Shah Alam-Sg Buloh. Terakhir, dari tinjauan saya pagi tadi (20102010), 75% dari struktur bangunan dah siap. Papan Signboard pun dah siap. Nampaknya tak lama lagi mak bapak U5 ni tak nak lalu lagilah ke laluan menghala Subang 2 ni...Kalau tak alamat parah le poket kena belasah dek anak-anak.

Penambah Baik Persimpangan Persiaran Galaksi Dan Puteri Subang

Kerja-kerja menaiktaraf Persimpangan Persiaran Galaksi Dan Puteri Subang (Persiaran Angkasa) sedang giat dijalankan. Ini merupakan kejayaan besar kepada perjuangan penduduk U5 yang tidak jemu-jemu meminta pihak kerajaan melakukan sesuatu terhadap persimpangan ini yang banyak mengundang kemalangan. Kemalangan maut juga pernah berlaku dipersimpangan ini pada 2009 yang lalu. MPP Zon 18 dan PGAC adalah  pihak-pihak yang tidak pernah jemu menyuarakan kepentingan ditambah baik persimpangan ini.

Lampu isyarat akan dipasang di persimpangan ini. Diharap pihak terlibat dapat memastikan lampu isyarat yang dipasang kelak adalah berselari dengan lampu isyarat dipersimpangan utama keluar dan masuk ke U5 bagi mengelakkan kesesakan terutamanya di waktu puncak. Penduduk U5 tidak mahu kelemahan lampu isyarat seperti di persimpangan berdekatan G-Mart Subang menjadi contoh kepada lampu isyarat di persiaran Galaksi ini.

Di nasihati juga, semua penduduk U5 agar berhati-hati sepanjang proses kerja menaik taraf persimpangan ini. Kemalangan yang terjadi pada hari pertama kerja dijalankan diharap tidak berulang kepada penduduk-penduduk lain. BERHATI-HATI selalu.

Kenderaan Angkut Tanah Keluar Masuk Di Persimpangan Galaksi/Fajar

Semua penduduk disarankan lebih berhati-hati apabila melintasi persimpangan simpang 3 iaitu penghujung persiaran galaksi dan persiaran Fajar. Kerja-kerja memindah tanah dari tapak projek dalam pembinaan ke bahu jalan Persiaran Fajar boleh membahayakan pengguna. Bencana kemalangan hanya boleh dielakkan jika kita sama--sama mengambil langkah BERHATI-HATI. Ambil perhatian juga, pembinaan pagar zink pengadang tapak projek juga melindungi penglihatan kenderaan dari Persiaran Fajar. Oleh itu sila perlahankan kenderaan bagi mana-mana kenderaan yang dari arah Persiaran Galaksi.

Friday, October 15, 2010

TAKLIMAT DAN DIALOG BERSAMA ALAM FLORAMajlis Dialog antara Perwakilan Penduduk (MPP) bersama Alam Flora telah di adakan pada 8.30 mlm - 11.00 mlm, 14 Oktober 2010 bertempat di Dewan Pejabat MPP Zon 18. AJK MPP dan wakil-wakil Persatuan Penduduk dan JMB dalam kawasan Zon 18 (U5 dan U4) ramai yang  hadir. Taklimat dari Alam Flora, suaikenal dengan kontraktor pembersihan, kutipan dan angkut sisa pepejal serta suara, komen, cadangan dan permasalahan di hadapi penduduk berkaitan kebersihan dan pencucian dalam bidang Alam Flora telah berjalan lancar pada majlis ini.




Tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir dan terima kasih kerana menjadikan majlis ini berjalan dengan penuh tertib, beradab dan harmoni.


Maklumat-Maklumat penting yang dipetik dari Majlis Dialog ini :


Objektif program :


1.  Mengeratkan hubungan antara pihak penduduk dalam zon 18 dengan pihak Alam Flora dan/atau kontraktornya serta juga bahagian Khidmat Bandar MBSA.


2. Supaya masing-masing memahami tanggungjawab, tugas dan peranan masing-masing dengan jelas dan terang lagi nyata agar seluruh kawasan dalam Zon 18 ini mudah ditadbir, dikawal selia serta dipantau oleh semua pihak yang terlibat.


3. Yang terpenting - supaya seluruh kawasan MPP Zon 18 menjadi kawasan terbaik dari yang terbaik dari segi pengurusan berkaitan kebersihan, keselamatan, kesihatan dan pemandangannya.




Taklimat & Maklumat dari Alam Flora (En Shaiful Jihat : Penyelia Kawasan U5, Alam Flora)


1. Notis/papan kenyataan (nama kontraktor, jadual selenggaraan dan no aduan) akan diletakkan dilokasi-lokasi sepatutnya. 


2. Alam Flora akan membantu mendapatkan tong sampah percuma kepada Pangsa Indah.


3. Senarai Kontraktor dan Talian Untuk Dihubungi :


Amprolink - 0126103668
Aras Ganda - 0193743094
Puncak Tiplis - 0179389330
Rizuan Urus Bina - 0162484671
Saf Utama - 0
ZZ Resources - 0192392233
Semerah Enterprise - 0193716288
Puncak Utas Ent - 0126223036
Enako Ent - 0122029722
LMS - 0176606420
Efficience Sinergy - 0162613936
Seri Melor - 0192206474
Hati-Hati Enter - 0172853899
Ketembar Jaya - 0123083040
Nik Amalin - 0123028944
Syafie Construction - 012-3028944
Sykt Sri Kandis - 0123145000

Tuesday, October 12, 2010

Ahli Majlis & AJK MPP Zon 18 Shah Alam Selangor

Ahli Majlis & AJK MPP Zon 18 Shah Alam Selangor (Sesi 2010-2011)




Encik Sivarajan Arumugam (001)



Ahli Majlis MBSA



Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 18 (U5 & U4)
Sessi 2010-2011
sivarajan@mbsa.gov.my 
Tel : (016)6798005



Ahmad Badri Bin Haji Jaafar (002)
Setiausaha Kehormat (2010-2011)
Majlis Perwakilan Penduduk Zon 18 (U5 & U4)
mppzon18shahalam@gmail.com
Tel : (012)6057259





Alamat Pejabat 
Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 18, Shah Alam
No. 5, Jalan Utarid U5/9, Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel : (03) 78421593 Fax : (03) 78421594
(003) Pn Fairul Lina (019) 3387105
          Setiausaha Kerja (MBSA)


Ahli Jawatankuasa MPP Zon 18 (2010-2011)

(004) Mustaffa Bin Kalan
Persatuan Penduduk Taman Subang Impian
A 108, Pangsapuri Taman Subang Impian, 
Jalan Zuhal U5/177, Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor.
Tel :(012) 3578198


(005) Ahmad Nasir Bin Ketu
Persatuan Warga Merak Apartment
M4-4-19, Merak Apartment, Jalan Uranus U5/125,
Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Tel : (012) 3337917

(006) Mohd Rofie Bin Jusoh
Persatuan Penduduk Seri Murni
LC 212, Flat Seri Murni, Jalan Bumi U5/137,
Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Tel : (012) 6293865


(007) Mohammed Azman Bin Zainal Abidin
Persatuan Penduduk Seri Galaksi
1-1-10, Pangsapuri Seri Galaksi, No 2, Jalan Nova U5/86,
Subang Bestari, Seksyen U5, 40150 Shah Alam.
Tel : (012) 6335261


(008) Shawalluddin Bin Hamduha
Persatuan Penduduk Flora II
TG-02, Pangsapuri Flora II, Jalan Asteroid U5/30,
Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Tel : (013) 2193081


(009) Mohd Razi Bin Isman
Persatuan Penduduk Seri Murni
LC 211, Pangsapuri Seri Murni, Jalan Bumi U5/137,
seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Tel : (017) 6236254


(010) Kaseh Bin Osman
JMB Taman Subang Impian
B 120, Pangsapuri Taman Subang Impian,
Jalan Zuhal U5/177, Seksyen U5, 40150 Shah Alam.
Tel : (017) 3196970


(011) Mohd Faizal Rizal Bin Md Farik
Persatuan Penduduk Seri Bintang
M6-1-10, Pangsapuri Seri Bintang, Jalan Utarid U5/9,
Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor
Tel : (014) 2647593


(012) Wan Lokman Bin Wan Yusof
Taman Subang Impian
No. 216, Blok 4, Taman Subang Impian,
Jalan Zuhal U5/177, Seksyen U5, 40150 Shah Alam.
Tel : (012) 2209178


(013) Hj. Samsudin Bin Abd. Rahman
Persatuan Penduduk Taman Subang Murni
No. 90, Jalan Zuhrah U5/150, Seksyen U5, 40150 Shah Alam.
Tel : (019) 2248521


(014) Syed Ab. Patah Bin Syed Abdullah
Persatuan Penduduk Seri Murni
LC 405, Pangsapuri Seri Murni, Jalan Bumi U5/137, 
Seksyen U5, 40150 shah Alam, Selangor.
Tel : (019) 6159549


(015) KamarulHalmi Bin M.Kamal
JMB Pangsapuri Subang Hijauan
No. 10-02-03, Pangsapuri Subang Hijauan,
Jalan Bintang U5/33, Seksyen U5, 40150 Shah Alam.
Tel : (019) 6079010


(016) Mohd Fakaruddin Bin Abd Rahman
Persatuan Penduduk Pangsapuri Utarid
10-02-01, Pangsapuri Utarid, Seksyen U5, 40150 Shah Alam.
Tel : (019) 3469159


(017) Mohamad Shahrul Anuar Bin Osman
Persatuan Penduduk Pangsapuri Subang Hijauan
11-05-08, Pangsapuri Subang Hijauan, Jalan Bintang U5/33,
Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Tel: (019) 7317881


(018) Yeap Chik Seng
Persatuan Penduduk Mutiara Subang
No.24, Jalan Utarid U5/5,Taman Mutiara Subang,
40150 Shah Alam.
Tel : (019) 2106155


(019) Rohana Binti Ahmad
Persatuan Penduduk Pangsa Indah
No. 122, Pangsa Indah, Jalan U5/103A, Bandar Pinggiran Subang,
40150 Shah Alam, Selangor.
Tel : (016) 3098621


(020) Mat Tabiai Bin Abd Hamid
Persatuan Penduduk Pangsa Indah
No. 122, Pangsa Indah, Jalan U5/103A, Bandar pinggiran Subang,
40150 Shah Alam, Selangor.
Tel : (016) 9794133


(021) Shahnon Bin Abd. Rahman
Persatuan Penduduk Subang Bestari Zon 3
90, Jalan Nova U5/76, Taman Subang Bestari,
Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Tel : (012) 2836942


(022) Jaslon @ Ng Fooi Hong
Persiaran Galaksi Action Commitee (PGAC)
No.5, Jalan Utarid U5/4A, Taman Mutiara Subang,
Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Tel : (019) 3346110


(023) Anuar Bin Ramli
Persatuan Penduduk Flora III
No. 3-1-11, Pangsapuri Flora 3, Jalan Asteroid U5/30,
Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Tel : (016) 9025626


(024) Zakaria Bin Ismail
Persatuan Penduduk Kg. Melayu Subang Tambahan
No. 129A, Jalan 2/1, Kg Melayu Subang Tambahan,
Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Tel : (013) 3491922


(025) Murugaya A/L Nadason
Persatuan Penduduk Subang Suria
No.4, Tingkat 5, Blok 2, Apartment Subang Suria,
Jalan Bintang U5/33, 40150 Shah Alam.
Tel : (016) 2070464


(026) Hj Burhanuddin Bin Haji Mohd Ghazali
Persatuan Penduduk Puteri Subang
No. 64, Jalan Kejora U5/119, Puteri Subang,
40150 Shah Alam, Selangor.
Tel : (012) 6547668

(027) Gunaseelan a/l PariasamyPersatuan Penduduk Taman Desa Subang
No.7, Jalan Waruna U5/135, Taman Desa Subang
40150 Shah Alam, Selangor.
Tel: (012) 2176255

(028) Baharuddin Bin AdamNo.07-01-07, Pangsapuri Orkid, Jalan U5/138,
Sek. U5, 40150 Shah Alam, Selangor
Tel: (013) 3449289








PS/ Kepada semua ajk terlibat, sila emailkan gambar peribadi (saiz passport) ke email mppzon18shahalam@gmail.com untuk dimasukkan diblog ini. Ini boleh memudahkan penduduk mendapatkan khidmat terbaik dari pihak MPP.





Blog Untuk Prebiu Penduduk U5, Shah Alam.


Mana-mana penduduk U5 atau sesiapa sahaja boleh meninjau ke blog ini untuk mengetahui segala maklumat berkenaan U5, Shah Alam. Sebarang komen, cadangan dan post yang ingin dikongsi bolehlah dihantar ke email mppzon18shahalam@gmail.com. Sekiranya pihak admin merasakan artikel atau post berkenaan sesuai dikeluarkan untuk bacaan umum, ianya akan dicopy and paste ke sini, namun jika ianya dirasakan tidak sesuai, pihak admin terpaksa memohon maaf kerana ianya tidak akan dikeluarkankan.

Sesiapa yang ingin berkongsi gambar juga bolehlah mengirimkannya ke email yang sama.

Sebarang perkara sila berhubung dengan Setiausaha Kehormat, MPP Zon 18 Shah Alam di talian 019 6694523